Jadual Caruman Tahunan

Caruman-medica2015

Pelan Yang Ditawarkan

manfaat-medica2015
Best Seller Medical card

Pilihan Anda Yang Ideal – MEDICA2015

Memperkenalkan MEDICA2015 – pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit.

MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat. Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5, 000, yang mana akan dibayar sekiranya berlaku kematian atas semua sebab.

Jangan bimbang! Kami melindungi perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Selain itu, nikmatilah persaraan anda tanpa tekanan dengan perlindungan perubatan dan pembaharuan yang dijamin sehingga berumur 80 tahun.

Nota: 1 Tertakluk kepada kelayakan manfaat bagi Orang Yang Dilindungi.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?

Sesiapa yang berusia 30 hari hingga 65 tahun layak dilindungi oleh pelan ini dengan syarat bahawa Orang Yang Dilindungi mampu untuk memenuhi keperluan pengunderaitan kami.

Berapa banyakkah jumlah caruman yang perlu dibayar?

Jumlah caruman  berdasarkan  umur, jantina dan pelan perubatan yang dipilih oleh Orang Yang Dilindungi. Caruman perlu dibayar sehingga umur 79 tahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. Sila rujuk kepada Jadual Caruman.

Apakah yang berlaku jika saya gagal membuat bayaran caruman saya?

Anda akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir caruman dan jika caruman masih lagi tidak dijelaskan pada penghujung tempoh penangguhan, sijil ini akan luput.

Bolehkah saya menguatkuasakan semula sijil ini?

Anda boleh menguatkuasakan semula sijil anda bergantung kepada budi bicara MAA Takaful dalam tempoh 180 hari dari tarikh luput dengan membayar caruman yang tertunggak dari tarikh luput caruman.

Adakah saya layak untuk manfaat pelepasan cukai?

Ya. Caruman yang dibayar layak untuk pelepasan cukai perubatan sehingga RM3,000 setahun. (Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada keputusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN))

Apakah mekanisme Diskaun Tanpa Tuntutan?

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntuan pada tahun ini, kami akan memberi Diskaun Tanpa Tuntutan sebanyak 20% daripada caruman tahunan yang perlu dibayar pada tahun sijil seterusnya. Contoh mekanisme Diskaun Tanpa Tuntutan, bagi seorang Orang Yang Dilindungi lelaki yang berumur 30 tahun dengan pelan MEDICA2015 (Pelan 250) yang membayar caruman tahunan sebanyak RM924:

ncd-bm